ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN PELBAGAI



Seksyen 80. Kesalahan oleh syarikat, pertubuhan, dll. agama Islam.

Sekiranya suatu kesalahan di bawah Ordinan ini telah dilakukan oleh mana-mana syarikat, pertubuhan, badan, organisasi khairat, institusi atau sekolah agama Islam, maka orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu merupakan pengarah atau setiausaha atau pegawai lain yang serupa itu di dalamnya atau seseorang yang berupa sebagai bertindak atas sifat yang sedemikian hendaklah, serta juga mana-mana perbadanan, pertubuhan, badan, organisasi khairat, institusi atau sekolah agama Islam itu, disifatkan sebagai melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah awasan yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu atau, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, mencegah kesalahan itu dari berterusan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.