ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 52. Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan fatwa.

(1) Jawatankuasa Fatwa boleh meminda, mengubahsuaikan atau membatalkan mana-mana fatwa yang telah disiarkan dalam Warta di bawah Enakmen ini, atau di bawah Enakmen terdahulu.

(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa hendaklah disifatkan sebagai suatu fatwa dan peruntukan-peruntukan seksyen 50, kecuali subseksyen 50 (7), hendaklah terpakai baginya.

(3) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa yang disiarkan dalam
Warta hendaklah disertakan dengan pernyataan bahawa fatwa itu dibuat di bawah subseksyen (1).




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.