ENAKMEN 11 TAHUN 1988
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 4. Kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang Islam supaya mengubah kepercayaan.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia-
seorang lain yang beragama Islam-
(2) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) apabila disabitkan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun, dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan yang berikutnya, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

(3) Adalah menjadi satu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen-kecil (1) (
a) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang lain itu bukan orang Islam.

(4) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen-kecil (1) bahawa orang lain itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.