ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN I - PERKAITAN
Bab II - QARINAH
PENDAPAT ORANG-ORANG LAIN BILA BERKAITAN



Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan berkaitan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani sesuatu suratan, maka pendapat seseorang yang biasa dengan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangan suratan itu, bahawa suratan itu telah ditulis atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu nyataan yang berkaitan.

Huraian-

Seseorang adalah dikatakan biasa dengan tulisan tangan seseorang lain apabila ia telah melihat orang itu menulis, atau apabila ia telah menerima suratan yang ditulis oleh orang itu bagi menjawab suratan yang telah ditulis sama ada olehnya sendiri atau dengan kuasanya, dialamatkan kepada orang itu, atau apabila dalam perjalanan urusan biasanya suratan yang ditulis oleh orang itu lazimnya dihantar kepadanya.

MISALAN

Soalnya sama ada suatu yang tertentu adalah dengan tulisan tangan "A" seorang suami kepada isterinya. Keterangan diberi oleh "B", setiausahanya, yang selalu membaca tulisan "A".

Keterangan oleh "B" itu adalah berkaitan sungguhpun "B" tidak melihat "A" menulis surat itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.