ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syara' atau apa-apa yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.