ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 174. Amil tidak menyerahkan kutipannya.


(1) Mana-mana Amil, setelah menerima atau mengutip zakat dan Fitrah tidak menyerahkan kutipannya atau kira-kira kutipannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Enakmen ini atau Peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana Mahkamah apabila tamatnya membicarakan kes di bawah seksyen ini jika kutipan atau kira-kira atas kutipan itu atau kedua-duanya belum diserahkan lagi hendaklah memerintahkan supaya ianya diserahkan kepada Yang di-Pertua atau wakilnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.