ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 117. Menggunakan sebagai keterangan suratan yang telah enggan dikemukakan setelah notis diberi.

Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu suratan yang ia telah diberi notis supaya mengemukakan, maka ia tidaklah boleh kemudiannya menggunakan suratan itu sebagai keterangan dengan tiada persetujuan pihak yang satu lagi itu ataupun perintah Mahkamah.

MISALAN

A mendakwa B atas suatu perjanjian, dan memberi B notis supaya mengemukakannya. Pada pembicaraan itu A meminta suratan itu, dan B enggan mengemukakannya. A memberi keterangan tak asal mengenai kandungannya. B meminta hendak mengemukakan suratan itu sendiri bagi menyangkal keterangan tak asal yang diberi oleh A itu, atau bagi menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Ia tidak boleh berbuat demikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.