ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 3 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 118. Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan.

Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta relevan, menanya apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tak relevan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau, tanpa kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Enakmen ini sebagai qarinah dan dibuktikan dengan sewajarnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.