ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 202. Syarahan-syarahan di dalam masjid.

(1) Tidaklah boleh sesiapa memberi apa-apa syarahan dalam apa-apa bentuk sekalipun di dalam mana-mana masjid dengan tiada terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis, sama ada dengan secara am atau khas, daripada Pesuruhjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya.

(2) Pesuruhjaya boleh, dengan cara pemberitahuan dalam Warta, mengecualikan mana-mana badan atau pertubuhan daripada peruntukan subseksyen (1).

(3) Barang siapa melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi seribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.