ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 115. Kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan.

Jika anak itu dilahirkan lebih daripada empat tahun qamariah selepas perkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, maka lelaki itu tidaklah boleh disifatkan sebagai bapa anak itu melainkan jika lelaki itu atau mana-mana warisnya menegaskan bahawa anak itu adalah anak lelaki itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.