ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 109. Soalan-soalan yang boleh menyokong keterangan mengenai nyataan yang berkaitan boleh diterima.
Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan yang berkaitan, maka ia bolehlah disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang ada dilihatnya pada atau dekat dengan waktu atau tempat yang nyataan yang berkaitan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika dibuktikan, akan menyokong keterangan saksi tentang nyataan yang berkaitan yang diterangkannya itu.
MISALAN
A, seseorang rakan sejenayah, menceritakan hal suatu rompakan yang ia telah mengambil bahagian. Ia menceritakan berbagai-bagai kejadian, yang tidak berhubung dengan rompak itu, yang telah berlaku dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat rompak itu telah dilakukan. Keterangan bebas mengenai nyataan-nyataan ini boleh diberi bagi menyokong keterangan rakan sejenayah itu tentang rompak itu sendiri.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.