ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Kanun ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"bailif" termasuklah Pendaftar atau mana-mana pegawai Mahkamah yang menjalankan tugas bailif;


"Enakmen Pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 [En. No. 2/89.];

"
garnishee" ialah pihak ketiga yang memegang harta alih penghutang penghakiman;

"Hakim" ertinya Hakim
Syarie atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Hakim Mahkamah Rendah Syariah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Ketua Hakim
Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"lien" ertinya hak ke atas harta kepunyaan penghutang penghakiman setakat jumlah yang terhutang;

"Mahkamah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"notis" ertinya notis bertulis melainkan Mahkamah memerintahkan yang sebaliknya;

"Peguam
Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya di bawah Enakmen Pentadbiran;

"Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah atau Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;

"prima facie"
ialah keterangan yang boleh diterima kalau tidak dibuktikan sebaliknya;

"orang yang belum dewasa" ertinya orang yang belum mencapai umur 18 tahun;

"orang yang tidak berkeupayaan" termasuk orang yang belum dewasa dan orang yang tidak siuman dan orang yang ditegah menguruskan hartanya;

"terjemahan yang diperakukan" ertinya terjemahan sesuatu dokumen yang diperakukan betul oleh pegawai Mahkamah;

"tindakan" termasuklah "guaman" dan begitu juga sebaliknya;

(2) Semua perkataan, perbahasan, takrif dan rangkaikata yang digunakan di dalam Kanun ini tetapi tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya maka hendaklah disifatkan mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388.].




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.