ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 157. Notis rayuan.

(1) Setiap rayuan hendaklah secara notis bertulis yang mana hendaklah difailkan dengan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah yang membuat keputusan yang hendak dirayu dibuat dalam tempoh empat belas hari dari tarikh keputusan.

(2) Setiap notis rayuan hendaklah menyatakan secara ringkas kandungan penghakiman yang dirayu, dan hendaklah mengandungi satu alamat di mana notis atau dokumen berhubung dengan rayuan boleh disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya dan kecuali di mana notis rayuan dibuat secara lisan di bawah seksyen 152, hendaklah ditandatangani oleh perayu atau Peguam Syarienya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.