ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 5. Penubuhan Majlis dan penggunaan meterai.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan ini menubuhkan sebuah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, untuk membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam semua perkara berhubung dengan hal ehwal Agama Islam dan adat Melayu amnya. Majlis itu hendaklah mengandungi-

dan semua ahli-ahli Majlis itu hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Setiausaha kepada Jabatan hendaklah menjadi setiausaha bagi Majlis.

(3) Majlis ialah sebuah perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai am yang boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, diubah, ditukar, dan dibuat baharu sebagaimana difikirkan patut oleh Majlis, dan sehingga diadakan meterai, maka suatu cap yang mengandung tulisan "Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, Terengganu" bolehlah digunakan sebagai meterai Majlis.

(4) Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu, Terengganu, dan boleh untuk segala maksud disebut dengan nama itu.

(5) Meterai Majlis tidaklah boleh digunakan kecuali dengan kebenaran Majlis, dan tiap-tiap suratan yang memerlukan meterai Majlis hendaklah dimeteraikan dengan meterai tersebut di hadapan Yang Dipertua dan seorang ahli Majlis, yang tiap-tiap seorangnya hendaklah menandatangani suratan itu, dan tandatangan yang diturunkan sebegitu adalah memadai sebagai keterangan bahawa meterai itu telah diletakkan dengan sempurnanya mengikut kebenaran Majlis.

(6) Suratan-suratan yang berikut hendaklah dibuat dengan menggunakan meterai Majlis, iaitu-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.