ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
JAMAAH ULAMA'



Seksyen 37. Rujukan yang mesti diikuti.

(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah Ulama' hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

(2) Jika Majlis atau Jamaah Ulama' berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari Mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Majlis atau Jamaah Ulama' bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mengikut qaul dari mana-mana Mazahab Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.