ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN VI - MASJID



Seksyen 74. Penjagaan masjid dan kawasan.

(1) Majlis hendaklah mempastikan bahawa semua masjid dalam Negeri dijaga dalam keadaan baik dan kawasannya dijaga dalam keadaan bersih; dan Majlis boleh menambah dan memohon, atau membenarkan penambahan dan pemakaian kumpulan wang yang khusus bagi maksud memperbaiki atau menjaga, atau boleh membayar belanja pembaikan dan penjagaan daripada kumpulan wang tersebut.

(2) Imam hendaklah memberitahu Majlis dengan segera apabila berlaku keadaan yang memerlukan pembaikan segera bagi masjid di bawah jagaannya dan hendaklah mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai wakil bagi pihak Majlis.

(3) Tiada ubahsuaian kepada bentuk masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(4) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah menjaga masjid yang ia adalah bertanggungjawab atasnya, dalam keadaan baik.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.