ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 16. Perjalanan urusan.

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat yang diadakan sebegitu kerap yang tidak melebihi tiga bulan kalender dari mesyuarat yang lalu dan hendaklah dijalankan dengan keputusan majoriti ahli-ahli yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Ketetapan bertulis melalui pekeliling yang ditandatangani dan dipersetujui oleh majoriti ahli Majlis hendaklah, kecuali di dalam hal-hal tertentu atau jenis-jenis tertentu Yang di-Pertuan Agong mengarahkan sebaliknya, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang telah diluluskan di bawah subseksyen (1).





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.