ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN VIII - PLIDING
Seksyen 65. Bentuk pembelaan.
(1) Tiap-tiap pembelaan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya dan hendaklah-
(a)
sama ada mengaku atau menafikan tiap-tiap pengataan fakta yang material dalam pernyataan tuntutan;
(b)
menyatakan dengan ringkas lagi padat apa-apa fakta baru yang dijadikan sandaran oleh defendan sebagai pembelaan; dan
(c)
membangkitkan dengan ringkas lagi padat dan tanpa hujah apa-apa perkara undang-undang yang perlu.
(2) Penafian di bawah perenggan (1)
(a)
tidak boleh berbentuk mengelak tetapi hendaklah menjawab perkara isi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.