ENAKMEN 5 TAHUN 1984
ENAKMEN ACARA SIVIL SYARIAH 1984


JADUAL PERTAMA - Borang 24.

(Seksyen 168)

WARAN MEMENJARAKAN

(1) DI MANA TIADA PERINTAH UNTUK PEMBAYARAN SECARA ANSURAN TELAH DIBUAT

(Kepala Am)

Kepada Bailif

Kamu adalah diarahkan untuk menangkap ...................................... Penghutang Penghakiman yang tersebut di atas dan menyerahkannya kepada Penguasa Penjara Sivil di ..................... untuk ditahan bagi tempoh ............ hari daripada penangkapan di bawah waran ini sehingga pembayaran permulaan hutang penghakiman yang beramaun sebanyak $ ...........

Bertarikh pada....................haribulan...................19......

(Meteri)

Dengan Perintah

Pendaftar

(2) DI MANA PEMBAYARAN TELAH DIPERINTAHKAN SECARA ANSURAN

(Kepala Am)

Kepada Bailif

BAHAWA suatu perintah telah dibuat oleh Mahkamah ini pada ............... haribulan ......... 19 ....., bagi pembicaraan ............................. Bilangan Saman Penghutang Penghakiman ................. 19 ..... yang dikeluarkan di sini, dengan ini adalah diperintahkan penghutang penghakiman yang tersebut di atas hendaklah membayar hutang penghakiman dan kos secara ansuran sebanyak $ .............. sebulan.

DAN BAHAWA dia telah membuat keingkaran dalam pembayaran ansuran tersebut beramaun sebanyak $ ..... Kamu adalah diarah untuk menangkap ......................... tersebut dan menyerahkannya kepada Penguasa Penjara Sivil di .................... untuk ditahan bagi tempoh ..................... hari daripada penangkapan di bawah waran ini atau sehingga pembayaran permulaan ansuran (secara ansuran) amaun yang dikenakan sebanyak $ ................

Bertarikh pada...................haribulan............19......

Dengan Perintah

Pendaftar




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.