ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 154. Rekod perbicaraan.

(1) Apabila suatu notis rayuan telah difailkan, Hakim yang memberi keputusan itu hendaklah, jika dia belum menulis penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan-alasan keputusannya, dan penghakiman bertulis atau alasan-alasan keputusannya hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding.

(2) Pendaftar hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas notis rayuan telah difailkan, menyebabkan supaya suatu salinan rekod prosiding disampaikan kepada perayu atau Peguam Syarienya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.