ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN II
PENUBUHAN MAJLIS



Seksyen 4. Penubuhan Majlis Igama.

(1) Hendaklah ditubuhkan sesuatu Majlis Igama Islam Negeri Johor yang disebutkan dalam Bahasa Inggeris sebagai "Council of the Religion of Islam, Johore" dan kemudian daripada ini disebutkan sebagai "Majlis" yang kekal turun temurun.

(2) Majlis hendaklah mempunyai suatu meteri dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada Enakmen ini, boleh membuat kontrek dan memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan mempunyai apa-apa jenis harta alih dan harta takalih dan boleh memindahhak, menyerahak, menyerahak semula, memindahmilik atau dengan secara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta takalih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletakhak pada Majlis mengikut Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.