ENAKMEN 1 TAHUN 1983
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 14. Bidangkuasa, pengawasan dan penyemakan.

(1) Selain daripada kuasa-kuasa yang diberi kepadanya oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah Rayuan hendaklah mempunyai bidangkuasa keseluruhan pengawasan dan penyemakan di atas semua Mahkamah Kadi dan bolehlah khususnya, jika didapati diperlukan oleh kepentingan keadilan, sama ada atas usulnya sendiri atau kehendak mana-mana pihak atau orang berkepentingan, pada bila-bila masa di dalam mana-mana perkara atau tindakan sama ada mal atau jenayah, di dalam mana-mana Mahkamah Kadi, memanggil dan memeriksa mana-mana catatan berkenaan perkara atau tindakan tersebut dan bolehlah memberi apa-apa perintah yang dikehendaki oleh keadilan.

(2) Apabila Mahkamah Rayuan memanggil catatan yang tersebut itu semua tindakan di Mahkamah Kadi di dalam perkara atau tindakan berkenaan hendaklah dihentikan sehingga Mahkamah Rayuan membuat perintahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.