ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Bab XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA



Seksyen 128. Siapa yang boleh mengeluarkan waran.

Tiap-tiap waran bagi menjalankan apa-apa hukuman, bolehlah dikeluarkan seperti Borang 5A dalam Jadual sama ada oleh Kadi yang menjatuhkan hukuman itu atau oleh penggantinya atau Kadi lain yang memangku tempatnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.