ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN VIII - MASUK ISLAM
Seksyen 86. Pengiktirafan sebagai seorang Islam.
(1) Seseorang yang telah masuk Islam dan telah didaftarkan dalam Daftar Masuk Islam hendaklah, bagi semua maksud, termasuklah bagi maksud mana-mana Undang-Undang Persekutuan atau Undang-Undang Negeri diperlakukan sebagai seorang Islam.
(2) Seseorang yang telah masuk Islam dan telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang mana-mana negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Pulau Pinang dan bagi maksud-maksud menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Pulau Pinang diperlakukan sebagai seorang Islam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.