ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXV - PERUNTUKAN MENGENAI BON



Seksyen 195. Prosedur mengenai perlucuthakan bon.

(1) Apabila-

bahawa bon tersebut telah terlucuthak maka Mahkamah hendaklah merekodkan alasan-alasan pembuktian tersebut dan boleh memanggil mana-mana orang yang terikat dengan bon tersebut untuk membayar penaltinya atau untuk menunjukkan sebab mengapa penalti itu tidak patut dibayar.

(2) Jika sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan, dan penalti tidak dibayar orang yang terikat sedemikian boleh, dengan perintah Mahkamah, dipenjarakan di penjara sivil selama tempoh yang boleh sampai enam bulan

(3) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, mengurangkan penalti yang disebutkan itu, dan menguatkuasakan pembayaran sebahagiannya sahaja.

(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menghalang penalti, atau mana-mana bahagiannya, atas mana-mana bon di bawah Kanun ini daripada didapatkan kembali di bawah peruntukan-peruntukan-undang-undang berhubungan dengan prosedur sivil yang sedang berkuatkuasa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.