ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XVIII - HUKUMAN DAN PERINTAH



Seksyen 129. Penyampaian perintah.

(1) Tiap-tiap hukuman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan tempoh masa bila perbuatan itu mesti dilakukan. Jika masa tidak dinyatakan, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh hukuman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu sendiri atau diwakili oleh peguam syarienya bila hukuman atau perintah diberi atau dibuat, salinan hukuman atau perintah mana-mana notis berkenaan tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tindakan untuk menangkap atau menahannya tidak boleh diambil kecuali ia telah disampaikan dengan satu salinan hukuman atau perintah yang dicatatkan dengan notis dalam Borang 12 yang ditetapkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.