ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 108. Mencabar kebolehpercayaan saksi.

Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara-cara berikut oleh pihak lawan atau, dengan izin mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:
Huraian - Seorang saksi yang mengatakan bahawa seorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam pemeriksaan utamanya, memberi sebab-sebab bagi kepercayaannya itu, tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan-jawapan yang diberinya itu tidak boleh disangkal, walaupun, sekiranya jawapan-jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberi keterangan palsu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.