ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 230. Hukum Syara'.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syara' adalah tak sah setakat mana ia tak konsisten.

(2) Jika tidak terdapat apa-apa peruntukan atau sekiranya terdapat mana-mana perkara yang tidak diperuntukkan dengan nyata di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.