ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan
(1) Selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan
ta'liq
yang ditetapkan atau
ta'liq
lain bagi perkahwinan itu dalam Daftar Perkahwinan.
(2) Catatan itu hendaklah diaku saksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua orang saksi selain Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.
(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.