ENAKMEN 15 TAHUN 1992
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1992

BAHAGIAN IX - PENALTI



Seksyen 140. Menghasut perempuan atau suami supaya bercerai.

Sesiapa yang menghasut atau memaksa atau memujuk mana-mana perempuan bersuami atau mana-mana lelaki beristeri supaya bercerai atau mengingkari kewajipan dan tanggungjawab di antara satu dengan lain, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.