ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 7 - SAKSI



Seksyen 88. Keterangan oleh seorang saksi dan sumpah plaintif.

Jika dalam kes mal, plaintif hanya mengemukakan seorang saksi, keterangan saksi itu hanya boleh diterima jika keterangannya diberi bersama-sama dengan sumpah oleh plaintif.

MISALAN

Dalam suatu tuntutan pembayaran hutang oleh plaintif terhadap defendan, keterangan seorang saksi yang dikemukakan oleh plaintif yang diberi bersama-sama dengan sumpah plaintif boleh menjadi bukti yang cukup terhadap tuntutannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.