ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 19. Menangkap tanpa waran.


(1) Dengan tidak menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain mana-mana Penyelia Ugama, pegawai polis, pegawai masjid, penggawa, penghulu atau guru ugama yang bertauliah bolehlah tanpa perintah daripada seorang Qadhi dan tanpa satu waran, menangkap-

(a) mana-mana orang yang telah melakukan atau mencuba untuk melakukan di hadapannya mana-mana kesalahan di bawah seksyen 61 dan 62 daripada Undang-undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 dan seksyen 92, 93, 94, 95 dan 96 daripada Undang-undang Mahkamah Shar'iyah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam 1966;

(b) mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba untuk melakukan di hadapannya, apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan Enakmen Keluarga Islam 1983 atau Undang-undang Mahkamah Shar'iyah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam 1966, atau Undang-undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 yang memecahkan keamanan;

(c) mana-mana orang yang telah melakukan di hadapannya apa-apa kesalahan di bawah Enakmen Keluarga Islam 1983, Undang-undang Mahkamah Shar'iyah dan Hal Ehwal Perkahwinan Islam 1966, atau Undang-undang Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966 dan yang mana telah enggan atas permintaan pegawai itu memberi nama atau tempat tinggal yang mana pegawai itu ada sebab bagi mempercayai yang ianya palsu, atau atas permintaan pegawai itu memberi nama dan alamat yang tempat tinggalnya tempat yang bukan dalam negeri ini, atau

(d) mana-mana orang di mana satu waran yang dikeluarkan terhadapnya di bawah Enakmen ini masih berkuatkuasa, walaupun waran tersebut tidak ada di dalam miliknya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.