ORDINAN 44 TAHUN 2001
ORDINAN TATACARA MAL SYARIAH

BAHAGIAN XV - PENDENGARAN



Seksyen 125. Dokumen atau barang kes.

(1) Dokumen atau barang kes lain yang dikemukakan sebagai keterangan dan diterima hendaklah ditanda dan, melainkan ia diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, dokumen atau barang kes itu atau salinan dokumen atau barang kes itu hendaklah disimpan di dalam Mahkamah sementara menanti prosiding itu berakhir dan sehingga habis tempoh masa untuk rayuan.

(2) Bagi maksud pengenalpastian hendaklah juga ditanda dokumen-dokumen atau barang kes lain yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.