ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - SURAT-SURAT PERINTAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN SURATAN DAN HARTA LAIN DAN UNTUK MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN
Waran Geledah



Seksyen 47. Geledah mencari orang yang disalah tahan.

Jika seseorang Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa seseorang telah ditahan di dalam keadaan yang mana penahanan itu merupakan satu kesalahan, Hakim boleh mengeluarkan satu waran geledah dan orang yang kepadanya diarahkan itu bolehlah menggeledah untuk mendapatkan orang yang ditahan itu; penggeledahan tersebut hendaklah dibuat sebagaimana yang ditetapkan dalam waran dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah segera dibawa ke hadapan Hakim yang akan membuat perintah yang difikirkan patut mengikut keadaan kes.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.