ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII
Darihal Muraja'ah



Seksyen 167. Kuasa untuk muraja'ah.

(1) Apabila mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas membuat keputusannya berpendapat bahawa keputusannya itu tidak betul dia boleh meminta Mahkamah Tinggi Syariah memuraja'ah perkara itu untuk memuaskan dirinya terhadap kebenaran, kesahihan atau berpatutan mana-mana keputusannya.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah meminta dan memeriksa rekod mengenai prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah untuk tujuan memuaskan hatinya terhadap kebenaran, kesahihan atau berpatutan mana-mana keputusan, hukuman atau perintah yang direkodkan atau diumumkan dan terhadap kesempurnaan peraturan mana-mana prosiding di hadapan Mahkamah Rendah Syariah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.