ENAKMEN 20 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN VIII - PLIDING
Seksyen 71. Butir-butir.
(1) Jika mana-mana pliding tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan pihak yang bertanggungjawab supaya memfailkan dan menyebabkan disampaikan butir-butir lanjut dan jelas, dan boleh menggantung semua prosiding sehingga perintah itu dipatuhi.
(2) Butir-butir lanjut dan jelas boleh difailkan dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.