ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XV - SAPINA



Seksyen 94. Permohonan.

(1) Mahkamah boleh mengeluarkan sapina atas permohonan atau mengikut budibicaranya.

(2) Sapina untuk mengemukakan dokumen hendaklah dialamatkan kepada seorang sahaja, dan hendaklah di dalam borang yang ditetapkan.

(3) Sapina untuk memberi keterangan boleh dialamatkan kepada lebih dari seorang dan hendaklah di dalam borang yang ditetapkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.