ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN
BAB VII
Darihal Bidang Kuasa Mahkamah-Mahkamah Jenayah dalam Perbicaraan



Seksyen 69. Tempat perbicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab berkaitan dengan kesalahan itu.

Apabila suatu perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab perkaitannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga menjadi atau yang menjadi suatu kesalahan jika orang yang melakukannya itu berkebolehan melakukan suatu kesalahan, maka pertuduhan atas kesalahan yang pertama tersebut itu boleh dibicarakan oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa di mana salah satu perbuatan itu telah dilakukan.

MISALAN

Suatu pertuduhan subahat boleh dibicarakan sama ada oleh Mahkamah di dalam kawasan bidang kuasa subahat itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah di dalam kawasan bidang kuasa kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.