ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VIII - MASUK ISLAM



Seksyen 88. Kesalahan memberi maklumat palsu.

Mana-mana orang yang pada masa memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen 84 atau sebagai jawatan kepada sebarang permintaan untuk maklumat atau keterangan yang dibuat oleh Pendaftar Masuk Islam di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi kepada Pendaftar Masuk Islam sebarang maklumat atau keterangan palsu atau yang mengelirukan, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.