ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 10. Cara menangkap.

(1) Apabila Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis atau orang lain hendak menangkap orang, dia hendaklah dengan sesungguhnya memegang atau menahan badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu menyerah dirinya sama ada dengan percakapan atau tingkah lakunya.

(2) Jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan itu, maka pegawai atau orang lain itu boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan itu.

(3) Seksyen ini tidak sekali-kali memberi hak untuk menyebabkan kematian pada seseorang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.