ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAl PERBICARAAN



Seksyen 105. Menahan pesalah yang hadir di Mahkamah.

(1) Mana-mana orang yang menghadiri mana-mana Mahkamah Syariah, walaupun tidak ditangkap atau disaman, boleh ditahan oleh Mahkamah itu bagi maksud pemeriksaan bagi apa-apa kesalahan yang Mahkamah itu boleh mengambil tahu dan yang daripada keterangan itu, dia mungkin nampaknya telah melakukan kesalahan itu, dan bolehlah dijalankan tindakan terhadapnya seolah-olah dia telah ditangkap atau disaman.

(2) Apabila penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah bermula, maka prosiding berkenaan dengan orang itu hendaklah dimulakan secara baru dan saksi-saksi didengar semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.