ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 44. Permohonan untuk kebenaran merayu.

(1) Suatu permohonan untuk merayu atau permohonan untuk kebenaran merayu di bawah subseksyen (1) (c) seksyen 43 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut cara yang ditetapkan, dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh hukuman, perintah atau keputusan yang berhubung dengan permohonan itu dibuat.

(2) Mahkamah Tinggi Syariah semasa mendengar mana-mana permohonan untuk merayu atau untuk kebenaran untuk merayu boleh atas alasan yang khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah tamat.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.