ENAKMEN 12 TAHUN 2003
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan

(1) Apabila diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap kewujudan sesuatu fakta, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Apabila diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah mengganggap kewujudan sesuatu fakta, Mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.