ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIII - DARIHAL PENGHAKIMAN



Seksyen 114. Cara menyampaikan penghakiman.

Penghakiman dalam tiap-tiap berbicaraan dalam mana-mana Mahkamah Syariah hendaklah diumumkan dalam Mahkamah terbuka, sama ada dengan serta-merta atau pada suatu masa kemudiannya yang mana notis wajar hendaklah diberi kepada pihak-pihak yang berkenaan atau peguam syarie mereka, dan tertuduh itu hendaklah, jika dalam jagaan, dibawa ke hadapan Mahkamah atau jika tidak dalam jagaan, dikehendaki hadir untuk mendengar penghakiman yang disampaikan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.