ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN II
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama



Seksyen 34. Permintaan untuk pendapat oleh Mahkamah.

Walau apa pun undang-undang bertulis yang berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau keterangan mengenai Undang-undang Islam di dalam mana-mana Mahkamah sivil atau Mahkamah Syariah tetapi jika di dalam mana-mana mahkamah selain daripada Mahkamah Syariah, sesuatu persoalan Undang-undang Islam patut diputuskan, mahkamah itu boleh meminta Mufti memberi pendapat mengenai hal itu, dan Mufti boleh mengesahkan pendapatnya kepada mahkamah tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.