ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 46. Hakim boleh mengeluarkan waran yang memberi kuasa menggeledah untuk mencari keterangan mengenai kesalahan

Jika seseorang Hakim, atas maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa benda yang ke atas, dengan atau berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan, atau apa-apa keterangan atau benda yang perlu bagi menjalankan sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan, boleh didapati di mana-mana tempat, dia boleh, melalui waran, memberi kuasa orang yang kepadanya waran itu diarahkan untuk memasuki, dengan apa-apa bantuan yang dikehendaki, dan menggeledah tempat itu untuk mencari apa-apa keterangan atau benda itu, dan jika apa-apa jua yang dicari itu dijumpai, untuk menyitanya dan membawanya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau Hakim lain untuk diperlakukan mengikut undang-undang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.