ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB I - PERMULAAN
Seksyen 3. Tafsiran.
(1) Dalam Enakmen ini melainkan jika konteks
ayatnya menghendaki makna yang Iain-
"baligh"
ertinya cukup umur mengikut
Hukum Syara
';
"baiyinah"
ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk
qarinah;
"dibuktikan", sesuatu fakta adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada percaya bahawa fakta itu wujud atau berpendapat wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin maka seseorang yang waras, dalam hal keadaan kes tertentu sepatutnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah wujud;
"dibuktikan sebaliknya", sesuatu fakta adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila, setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada percaya fakta itu tidak wujud atau berpendapat tidak wujudnya fakta itu adalah sebegitu mungkin maka seseorang yang waras dalam hal keadaan kes tertentu sepatutnya bertindak atas anggapan bahawa fakta itu adalah tidak wujud;
"dokumen" ertinya apa-apa perkara yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa perkara yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa-apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan-
(a)
huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa-apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;
(b)
apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak);
(c)
apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa-apa jua pun data lain;
(d)
suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa perkara dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan
(
a), (b)
atau
(c)
, atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan
(
a), (b), (c)
dan
(d),
yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi maksud menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa cara jua pun menggambarkan, perkara itu.
MISALAN
Tulisan ialah dokumen.
Perkataan yang dicetak, dilitografkan atau difotografkan ialah dokumen.
Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.
Inskripsi pada kayu, logam, batu, atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.
Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen.
Fotograf atau negatif ialah dokumen.
Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah apa-apa rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen.
Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuklah rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.
Perkara yang dirakamkan, disimpan, diproses, didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen;
"fakta"ertinya dan termasuklah-
(a)
sesuatu, keadaan sesuatu atau hubungan sesuatu yang boleh diketahui dengan pancaindera; atau
(b)
apa-apa keadaan fikiran yang disedari oleh seseorang;
MISALAN
(a)
Bahawa ada benda tertentu teratur mengikut susunan tertentu dalam suatu tempat tertentu adalah suatu fakta;
(b)
Bahawa seseorang telah mendengar atau melihat sesuatu adalah suatu fakta;
(c)
Bahawa seseorang telah menyebut perkataan tertentu adalah suatu fakta;
(d)
Bahawa seseorang itu berpegang kepada sesuatu pendapat tertentu, mempunyai suatu niat tertentu, bertindak dengan suci hati atau secara tipuan atau menggunakan sesuatu perkataan tertentu dengan pengertian tertentu, atau pada masa yang tertentu sedar akan sesuatu perasaan tertentu adalah suatu fakta;
(e)
Bahawa seseorang mempunyai reputasi tertentu adalah suatu fakta;
"fakta persoalan" ertinya apa-apa fakta yang darinya sama ada dengan sendirinya atau berkaitan dengan lain-lain fakta, wujudnya atau tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau prosiding, semestinya berikutan;
MISALAN
A dituduh berkhalwat dengan B.
Di dalam perbicaraannnya, fakta-fakta yang berikut boleh menjadi persoalan; bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam sebuah kereta, bahawa kereta itu diletakkan di tempat gelap dan sunyi;
"
filem
"
termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;
"Hukum Syara'"
ertinya Undang-Undang Islam dalam mana-mana
Mazhab
yang sah;
"keterangan" termasuklah-
(a) baiyinah
dan
syahadah;
(b)
segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara-perkara fakta yang disiasat:
Pernyataan-pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
(c)
segala dokumen yang dikemukakan untuk diperiksa oleh Mahkamah:
Dokumen-dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;
"komputer" ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan apa jua nama atau perihalan peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau secara berturutan atau secara mana jua pun selainnya disatukan, komputer-komputer itu hendaklah dikira sebagai satu komputer;
"Mahkamah" ertinya Mahkamah yang ditubuhkan menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [
Enakmen 2/92
];
"mikrofilem" ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuklah mikrofis;
"negatif" ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuklah apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;
"qarinah"
ertinya fakta yang berkaitan dengan fakta yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam
Hukum Syara'
atau peruntukan-peruntukan Enakmen ini;
"saksi" tidak termasuk tertuduh dalam prosiding jenayah dan pihak-pihak dalam prosiding mal;
"syahadah"
ertinya keterangan yang bersifat benar di Mahkamah dengan menggunakan lafaz
'Asyhadu'
untuk mensabitkan hak atau kepentingan seseorang ke atas seorang lain, dan apabila sabit ia mengikat Hakim;
"tidak dibuktikan", sesuatu fakta adalah dikatakan 'tidak dibuktikan' apabila fakta itu tidak 'dibuktikan' atau tidak 'dibuktikan sebaliknya' mengikut Enakmen ini;
"urf"
ertinya adat atau kebiasaan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan.
(2) Bagi mengelakkan keraguan berkenaan sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan yang ditunjukkan bertentangan dengannya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.