ENAKMEN 14 TAHUN 1978
ENAKMEN PENTADBIRAN IGAMA ISLAM 1978

BAHAGIAN IV
ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 96. Mencantum dan menyatukan.

(1) Lebih daripada seorang boleh dicantumkan menjadi pihak menuntut atau pihak yang kena tuntut dan lebih daripada satu alasan tindakan boleh dibuat di dalam pembicaraan yang sama, tetapi Mahkamah boleh menurut budibicaranya memerintahkan supaya diasingkan pembicaraannya.

(2) Mahkamah boleh juga menurut budibicaranya menjalankan dua atau lebih pembicaraan sekali gus jika pembicaraan itu berbangkit daripada perkara-perkara mengenai pernyataan atau undang-undang yang serupa.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.