ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIII
Peruntukan Mengenai Bon



Seksyen 198. Prosedur merampas bon.

(1) Apabila-

(2) Sekiranya sebab yang mencukupi tidak ditunjukkan dan penalti tidak dibayar Mahkamah boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan penalti itu dengan mengeluarkan waran untuk penahanan dan penjualan harta kepunyaan orang itu.

(3) Waran tersebut boleh dilaksanakan di dalam kawasan bidang kuasa Mahkamah yang mengeluarkannya dan waran itu hendaklah membenarkan penahanan harta dan penjualan mana-mana harta kepunyaan orang itu di dalam kawasan itu.

(4) Sekiranya penalti tersebut tidak dibayar, dan tidak boleh diperolehi dengan penahanan dan penjualan tersebut, orang yang terikat boleh diperintahkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran itu dihukum penjara di penjara sivil untuk tempoh tidak lebih daripada enam bulan.

(5) Mahkamah boleh, atas budi bicaranya, mengurangkan mana-mana bahagian penalti yang telah disebutkan dan menguatkuasakan pembayaran sebahagian sahaja.

(6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghalang penalti atau mana-mana bahagian tersebut atas mana-mana bon di bawah Kanun ini dari diperolehi di bawah peruntukan undang-undang bersangkutan dengan cara mal yang berkuatkuasa pada masa ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.