ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"berkendak" ertinya bersekedudukan haram;

"hudud" ertinya hukuman yang telah ditetapkan Allah atau Hadis;

"Hukum Syarak" ertinya udang-undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

"Jawatankuasa Fatwa" ertinya jawatankuasa yang ditubuh di bawah Ordinan Majlis Islam (Perbadanan) [Bab 105.];

"liwat" ertinya perhubungan jenis di antara lelaki dengan lelaki lain;

"Majlis" ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah seksyen 5 Ordinan Majlis Islam (Perbadanan) [Bab 105.];

"muabbad" ertinya haram nikah buat selama-lamanya;

"mengacau" ertinya mengganggu;

"muncikari" ertinya seorang yang menjalankan pekerjaan sebagai orang tengah di antara seseorang perempuan dengan seseorang lelaki bagi tujuan-tujuan yang menyalahi Hukum Syarak;

"Pegawai Agama" ertinya pegawai yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Sarawak;

"persetubuhan syubhah" ertinya persetubuhan di antara seorang lelaki dan seorang perempuan dengan anggapan bahawa mereka adalah suami-isteri yang sah tetapi ternyata kemudiannya bahawa mereka bukan suami-isteri yang sah mengikut Hukum Syarak;

"qazaf" ertinya tuduhan berzina terhadap seseorang;

"rairu muabbad" ertinya haram nikah buat sementara;

"sihaq" ertinya perhubungan jenis di antara seorang perempuan dengan perempuan lain;

"sumbang" ertinya perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan Hukum Syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditegah berkahwin;

"Ta'azir" ertinya kesalahan yang tidak ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadis;

"wasiat" ertinya ikrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya untuk menyempurnakan sesuatu kebajikan atau tanggungan menurut Hukum Syarak selepas mati;

"zina" ertinya persetubuhan haram selain daripada rogol dan persetubuhan syubhah antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukannya suami isteri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.